Sunday 4 November 2012

Whatsssssssss a problemmmmm...?????



Masalah…masalah…hari-hari kita akan mengadap masalah.

Setiap orang ada masalahnya sendiri. Malah boleh dikatakan tiada seorang pun yang tidak bermasalah.  PM dengan masalahnya….Menteri-menteri dengan masalahnya….Pentadbir pun ada masalah begitu juga kita rakyat biasa…pekerja dan pelajar. Semua ada masalah masing-masing.  Adakah kita perlu lari dari masalah???....masalah bukan untuk diketepikan tetapi untuk diselesaikan. Sudah menjadi lumrah manusia…bila berhadapan dengan masalah kita akan jadi kalut…serabut dan adakalanya melepaskan kemarahan pada masalah pada jalan yg lebih mendatangkan masalah.  Apa kita perlu buat???


Senang la nak nasihatkan bila hadapi masalah…solat dan baca quran.  Tetapi xsemuanya akan selesai dengan cara begitu.  Kita tak boleh sekadar mengharapkan segala masalah kita diselesaikan dengan cara solat dan baca quran.  Habis tu kenapa perlu solat dan baca quran???  Haaaa…ini bermakna kita perlu ketenangan terlebih dahulu. Barulah kita mampu untuk berfikir dengan baik kan??? Itu tujuan solat dan baca quran…untuk menenangkan diri dan minda kita.  Supaya kita mampu untuk berfikir dengan lebih baik.  Bukannya solat dan baca quran tu boleh menyelesaikan masalah.  Pokoknya….bila berhadapan dengan masalah….bertenang dan kosongkan minda. Take time n relaxssss……..
 http://mathprogram.webs.com/clg.coventry.gov.jpeg

Jangan jadikan masalah kepada punca masalah.  Apa dia tu??? Jom kita tengok situasi ni….oleh kerana pagi ni aku bangun lewat….so agak kelam kabut sikit.  Cari stoking tak jumpa.  Tak pasal-pasal orang rumah aku yang kena marah.  Apa lagi moncong lah dia.  Stokin tu elok-elok je ada kat bawah rak kasut tapi oleh kerana kelam kabut punya pasal…aku dengan orang rumah dah bergaduh.  Ok lah jugak kan….lepas tu oleh kerana dah agak lewat maka aku drive pun lain macam la sikit.  Zooommm….belepekkkk..aduiiii makkkk….tak pasal-pasal la pulak aku terlanggar basikal hero. Aduiiii….kemek bumper kereta aku. Basikal pulak dah bengkok rim kena penyek.  Apa lagi terus aku angkat dan baling ke tepi.  Aduiii…kenapa la masalah bertimpa-timpa ni???....Nasib baik dalam perjalanan tiada masalah baru yang timbul. Tiba di pejabat…tiada kejadian luar biasa pun.  Semuanya berjalan seperti biasa.  Aku terus duduk di mejaku. Hampir 15 minit aku diam tanpa buat apa-apa.  Kenapa???....aku terfikir tentang masalah-masalah yang aku lalui hari ini. Puncanya tak lain tak bukan…hanya kerana aku terlewat bangun. Oleh kerana aku tidak mampu untuk bertenang….hari ini aku gaduh dengan orang rumah….basikal hero aku dah rosak…kereta kesayang aku pun sama juga.  Alahaiiii…masalah(terlewat bangun) yang aku rasakan sebagai masalah tadi sebenarnya bukan masalah pun.  Apa yang aku terkejar-kejar sangat???.........soooo….bila berlaku sesuatu masalah…jangan biarkan masalah mencipta seribu macam masalah yang lain.
 http://windows8-problems.com/wp-content/uploads/2011/11/windows-8-problems4.jpg

Jadikan masalah itu sebagai satu peluang.  Masalah lah yang mendewasakan kita. Kalau kita main computer game yang ‘tiada masalah’….boring la beb bila asyik menang mudah je.  Kalau kita belajar tanpa sebarang masalah…maka sukar untuk kita menjadi lebih kreatif dan inovatif.  Masalah itu sebenarnya member ruang untuk kita menjadi lebih kreatif dan inovatif.  Cuba kita lihat kepada teknologi yang ada sekeliling kita….semuanya lahir daripada ‘permasalahan’.  Kerana ada masalah perhubungan…maka tercipta handphone computer dan sebagainya.  Kerana ada masalah dalam kerja-kerja berat….maka pelbagai jenis jentera berat yang tercipta.  Kerana ada masalah untuk bergerak dalam masa yang singkat dan pantas….maka tercipta pelbagai jenis kenderaan besar kecil di darat laut udara malah ke angkasaraya.  Oleh itu jangan kita mengalah kepada masalah.  Masalah adalah ruang dan peluang untuk menjana otak kita menjadi semakin kreatif dan inovatif. Juga secara tak langsung…..masalah MENDEWASAKAN KITA.  Sambutlah masalah dengan senyuman….kerana pasti kita mendapat manfaat darinya…..wassalammmm. 

No comments:

Post a Comment