Tuesday 9 April 2013

Semua tentang kita.........




Aku berdiri tegak disisi tiang bus stop, kaku tapi dibibir terukir senyum.  Melihat gerak geri sang puteri menari-nari.  Sedikit gelak kedengaran halus, setiap lenggok membicarakan rasa girang.  Biarkan dia gembira.  Biarkan kegembiraan itu menjadi miliknya.  Betapa mungkin dunia hari ini mungkin miliknya.  Adakah perlu aku mengganggu emosi riang yang sedang melanda jiwa mudanya.  Kegembiraan itu bukan milik semua orang dan aku tidak berhak untuk merampasa darinya.  Kalau hujan itu mampu memberi keriangan kalau hujan itu bisa menggirangkan.  Biarkan sahajalah.  Aku yang bukan sesiapa untuk mengatakan itu baik atau tidak baik baginya.
                Lepaskan segalanya wahai puteri.  Engkau adalah engkau, andai kegembiraan itu milikmu.  Jangan biarkan sesiapa merampas darimu.  Tiada siapa yang tahu apa di hatimu.  Aku pun tak tahu.  Yang pasti aku lihat senyum gelak tawa di bibirmu pada lenggok tubuhmu, aku pasti engkau happy.  Hujan masih renyai-renyai, aku hanya tegak berdiri di tiang bus stop.  Dah lama hujan bagai menjauhkan diri.  Ntah apa rahmatnya tiba-tiba hujan turun membasah bumi.  Dan engkau puteri, tiba-tiba berlari bermain hujan di tengahari.  Habis basah semuanya.  Bagai tiada yang mampu menghalangi untuk puteri menikmati kedinginan dan basah dalam kehujanan.
                Hujan bukan selalu, kini hanya kemarau yang agak panjang.  Segalanya kering.  Rumput kuning.  Debu berterbangan.  Sesekali hujan membasah bumi.  Kini engkau puteri, keriangan menikmati hujan yang membasah rambut ikalmu.  Pipimu mulusmu tampak segar.  Bibir merahmu mengukir senyum.  Matamu bersinar keriangan.  Aku sedar sudah lama segalanya hilang dari kamu.  Itu sebabnya hari ini aku biarkan engkau puteri berlari bernyanyi dan berhilai tawa bersama hujan.  Aku akan pastikan tiada siapa yang akan mengganggu emosimu.
                “Abanggggg…..jommm la sama-sama” suara halus yang sememangnya tidak asing lagi bagiku.  Serba salah aku dibuatnya.  Aku ni bukan budak-budak lagi nak main hujan.  Segan juga melihat kepada kakak-kakak dan makcik-makcik yang masing-masing mendakap tubuh di balik tiang bus stop.  Ahhhhh…persetan kepada semuanya…hahahahahahaha….kalau bukan aku yang bersama dalam kegirangannya siapa lagi???  Takkan aku nak tunggu Bangla yang tersengih dari tadi atau pun Mat indon yang tengah hisap kretek tu menemannya?  Ok…..hari ini biar aku menemanmu puteri bermain hujan.  Semoga hari ini menjadi hari yang terbaik buatmu…..lepaskannnn segalanyaaa…..Aku bukan segala untukmu tapi aku tahu Engkau perlukan Akuuuuuuuuu….



Apabila Takkan Mungkin...








Apabila takkan mungkin...
Itulah yang selalu terbawa-bawa dalam mimpi
bermain dalam minda
meruntun dalam jiwa
mendesak dalam raga

Apabila takkan mungkin...
itulah yang selalu dibicara
melekat dilidah
terukir di bibir
tak lekang diucapkan

Apabila takkan mungkin...
Itulah yang tersemat di sudut hati
tak tercerai pada jasad
bersatu pada hati
hanya nyawa galang ganti...



Sunday 31 March 2013

Aku Sayang Kamu



Part 4
            Sebulan lebih berasa supa 10 tahun lebih aku terseksa.  Perasaan yang bergelodak dalam jiwa nih tak tahu nak ghoyat guano.  Berasa supa tepuh dinding dah.  Nasib baik la aku ni nampak normal lagi.  Dalam hati berasa supa nak gila dah.  Yo la dah kalih, hak nim yang ore kata “jatuh cinta” nih.  Tak rajin aku berasa lagu nim.  Tengok pala kereta api pun napak supa muka dia jah.  “Soba-soba….esok akan tiba jugak” aku pujuk hati sediri.
            Selamat pagi duniiiiiaaaaaaaaa……kembalikan semangatku.  Kalu dulu sesi petang, tahun ni kami bermula dengan sesi pagi.  Pagi ni tak payah nak cerita dengan aku pasal nasi Kak Wok, tak payah nak cerita dengan aku apa yang ngkorang buat masa cuti, tak payah nak cerita dengan aku pasal bumi nak terbalik ke apa.  Pagi ini kepala aku hanya fokus kepada satu perkara…satu tujuan…satu keinginan.  Biarlah kalu dema nak kata gapa punnn….tari tak tubik lagi aku dah stat moto.  Itik pun tak tubik cari make lagi.  Aku on the way gi skolah dah.  Di pintu masuk skolah sudah ada yang sampai.  Hatiku berbunga….mungkin dia sudah sampai. Yesssssssss.
            Dengan lafaz bismillah.  Gaya jalan yang mantap gagah dan kacak, aku mengatur langkah menuju ke satu destinasi.  6A1.  Disitu ada satu makhluk yang begitu ingin sekali kutatap wajahnya.  Wajah yang tersangat ku rindu.  Hati goba amba jah yang tahu.  Lampu terpasang terang, supa hati amba yang semakin terang.  Senyuman amba kalu pun tak rapat kaw telinga mungkin ada dale seinci dua lagi jah. Selangkah jah lagi aku hampir ke pintu kelas.  Nekad meme sudah nekad.  Diambang pintu aku berdiri.  Disitu mataku terpaku.  Aku memang pasti.  Itulah tempatnya.  Tidak syak dan ragu-ragu.  Hatiku tiba-tiba sayu…”hok alohhhhhhhhhh….mana dia???”.  Terasa lemah lutut berdiri.  Hatiku yang tadi terang supa matahari pukul 12 tengahari tiba-tiba ada awan yang bawa ribut dan taufan.  “Assalamualaikummm….” Terkejut aku.  “Guano dema? Amba bui salam dua tiga kali dak jawab-jawab.  Cari sapa?” sapa Kamsiah yang berdiri selang semeja dari tempat aku berdiri.  Aku hanya mampu tersenyum tawar.  Tawar meme semanis buah pun takdak sikit abuk.  Tak perasan pun Kamsiah dah menyapa aku dari tadi.  Norma pun ada.  Senyum je melihat aku berdiri di muka pintu.  “Salah masuk kelas ka guano nim?  Kaw cari Zul?” Norma bertanya sambil menyapu di belakang.  Aku nak bersuara, tapi macam tak mampu nak bersuara.  Aku hanya mampu senyum dan berlalu.
            Biasanya pagi-pagi lagi dia ada dah.  Mungkin hari pertama dia lewat.  Saja memujuk hati sambil aku melabuhkan punggung di kerusi panjang yang berada di koridor.  Kawan-kawan semakin ramai yang dah masuk.  Pagi ni mood nak bual-bual ngan saem-saem hile sema.  “Guano guuuu….?” Terkejut beruk Mat Yeh aku tiba-tiba ada orang tepuk belakang gitu.  Kuja berdiri di sebelah aku.  “Guano pagi-pagi nampak muka supa mitak nasi belauk nih?”….aku hanya mampu senyum.  “Tak dak gapa be…berasa letih jah”…”bereh bohhh….amba nak tunggu Mamat semeta nim” aku beralasan.  Hanya aku jah tahu aku tunggu Mamat atau aku tunggu siapa…



Sunday 18 November 2012

Persediaan....



Part 2




Persediaan asas bagi memelihara itik telor.
1.      Tempat Pembesaran anak sehingga berumur sebulan. (100mps dah cukup tuk 300 ekor)
2.    Bekas makanan.
3.    Bekas minuman.
4.    Bekalan elektrik (untuk memastikan anak itik mendapat kepanasan dari mentol berkuasa 100watt yang akan dipasang pada waktu malam)
5.    Makanan pembesaran (grow) sekurang-kurangnya 200kg.



Ok….takkan tak mampu nak sediakan semua tu kan.  Jangan terlalu focus kepada nakkan reban yang terlalu cantik.  Cukup sekiranya mampu mengelak daripada binatang2 merbahaya seperti ular dan biawak.  Sebaik-baiknya kawasan reban pembesaran dibahagi kepada dua kawasan. Kawasan tertutup (70%) dan bahagian terdedah kepada matahari (30%).  Pada bahagian terbuka jadikan tempat untuk memberi makan dan minum.  Ini untuk mengelakkan kawasan pembesaran dalam keadaan lembap.  Itik dengan air memang tak dapat dipisahkan.  Bukan sahaja akan jadi bekalan air minum tetapi itik suka bermain air.  Sekiranya tidak dibahagikan kawasan sebaik mungkin, seluruh kawasan akan jadi becak dan sentiasa berair.  Oleh itu pastikan sebahagian kawasan sahaja dikhaskan untuk tempat makan dan minum.  Kawasan tertutup sebaiknya dipastikan sentiasa kering.  Apa bahaya yang mungkin???...Itik akan mudah mendapat penyakit ‘lembek’ sekiranya tempat pembesarannya dalam keadaan sentiasa lembap.  Jangan benarkan itik berumur kurang sebulan berenang di kolam.

Aku Sayang kamu.....



Part 3






            “Assalamualaikum…” sapaku kepada kak Nozie kerani pejabat sewaktu melangkah masuk.  Kak Nozie menjawab perlahan.  Hari ini aku ada misi yang perlu aku selesaikan.  Misi yang aku rancang baik punya.  Terus aku tuju ke rak buku rekod kedatangan pelajar yang terletak di sebelah kanan ruang pejabat.  Mataku terus mencari rak yang tertulis 6A1.  Yap…tu dia. Sebelum cikgu kelas ambil buku rekod tu, baik aku jalankan misi aku dulu.  Pen dah sedia, kertas juga ada.  Terus aku capai buku rekod dan membelek pada bahagian belakangnya.  Satu persatu kuperhatikan nama-nama yang ada.  Heheheehe….misiku hampir selesai.  Disitu semua maklumatnya ada….semuanya aku salin satu persatu.  Wow…nombor telefon ada.  Ini sudah bagus.  Dalam masa tak sampai 5 minit.  Semua maklumat yang aku perlukan dah aku perolehi.  Aku tersenyum puas.  Now… I know who u are.  Sengaja aku mengambil jalan jauh untuk ke kelas hari tu semata-mata untuk melintas di depan kelasnya. 
            “gu…awal hari ni?” sapa kawanku Mamat spek.  “biasa jah Mat…”jawabku sambil berpaling kea rah Mamat Spek.  Terus je si Mamat ni tarik aku jalan sama-sama kearah tangga.  Alamakkkk…spoil tul la Mamat Spek ni.  Terkandas harapanku untuk melihat sigadis impian.  Ikut je lah.  Dalam hati aku tuhan je yang tau.  Tapi muka selamba je…control macho.  “Dah siap homework?” tanya Mamat Spek.  “Siap dah…ni mesti dema tak siap lagi la ni?” aku memang dah agak. Kalau ayat ni yang keluar maknanya si Mamat Spek ni nak minta tiru la ni.  Mamat Spek hanya sengih kesian je.
            Pantas aku mengeluarkan buku nota ekonomi dan kuberikan pada Mamat.  Aku perlu cepat. “Mat…aku nak ke tandas smeta” dengan sekelip mata aku dah beredar dari kelas. Aku mesti juga penuhi cita-citaku hari ini.  Pantas aku mengatur langkah menuju ke kelas…6A1.  Aku menjengok ke dalam…mencari-cari dimana sidia.  Hampa.  Belum Nampak bayangnya lagi. Dengan langkah malas aku menuju ke tandas yang memang tak berapa jauh dari kelasnya.  Sebenarnya tiada matlamat apa pun aku ke tandas.  Selesai mengemaskan rambut ala ‘new wave’ aku ni. Sekali lagi aku kembali ke kelas melalui kelas sidia.  Yesssss…..itu dia. Sidia dah ada.  Tersenyum seperti biasa. Tetapi bukan untuk aku pun.  Dia tak pernah perasan pun yang aku ni selalu senyum kat dia.  Aku je yang syok sorang-sorang control senyum kat dia.  Tak kesahlah. Yang penting misi aku dah Berjaya…dan aku dapat tengok dia. Yeahoooooooooooo….aku senyum sore2 sampai ke kelas…..bersambung


Friday 9 November 2012

Nita....Alif dan Airmata



Nita termenung dibirai katil.  Airmatanya hampir kering.  Sudah seminggu dia begitu.  Sudah berbagai nasihat yang diberi oleh rakan-rakannya. Tetapi Nita tetap juga begitu.  Malah rakan-rakannya bingung memikirkan keadaan Nita.  Sudah seminggu Nita ponteng kuliah.  Makan minum pun dijamah sekadar sahaja.  Faekah rakan yang paling rapat dengan Nita pun buntu mememikirkan masalah yang dihadapi oleh Nita.  Faekah hanya mampu memastikan makan dan minum Nita tersedia.  Itu sahaja yang mampu dibantu setakat ini.  Nita dah lama terperuk di biliknya.  Pelbagai cara sudah diguna untuk mengembalikan keceriaanya, tetapi kali ini Nita seperti tidak mampu lagi untuk menghadapinya.
            Fikiran Nita bercelaru.  Tidak tahu apa yang perlu dibuat lagi.  Sungguh dia tidak menyangka, hal seperti ini akan berlaku ke atas dirinya.  Malah tidak pernah terlintas perkara ini akan berlaku.  Bagaimana di aharus berhadapan dengan orang tuanya, abngnya dan adik-adik yang lain.  Selama ini pelbagai nasihat telah mereka berikan.  Nita juga faham dan akur tetapi dia juga tak menyangka perkara itu boleh berlaku.  Sekelip mata sahaja, apa yang selalu dia pertahankan rebah akhirnya.  Bagaiman dia harus berhadapan dengan Abang Man, orang yang paling beliau hormati selain daripada ibu bapanya.  Abang Man memang menjadi tempat dia mencurahkan susah payah jerih hidupnya.  Selama ini pun Abang Man lebih memahami jiwanya dan sentiasa memperingatkannya hal-hal yamg seperti ini.  Segalanya menerobos ke benak Nita.  Segalanya kelam baginya.  Kemana harus dia luahkan.  Kemana harus dia mencari pergantungan.
            Alif lelaki budiman yang telah lama Nita kenali, kini hilang entah kemana.  Nita tidak sesekali menyangka bahawa Alif akan lari seperti tikus bila berhadapan dengan masalah sebegini.  Malah sudah seminggu juga dia tidak dapat berhubung dengan Alif.  Seolah-olah Alif kini bukan lagi Alif yang dia kenali dulu.  Sudah hampir lima tahun mereka bersama, berjanji sehidup semati.  Malah keluarga Nita juga menerima Alif dengan baik.  Segala-galanya sempurna bersama Alif.  Sungguh Nita tidak menyangka sama sekali Alif berhati kecil.  Alif takut untuk bertanggungjawab terhadap apa yang dia telah lakukan.  Nita buntu.  Fikirannya kini kusut.  Segala harapannya kini hancur musnah.  Lelaki budiman yang diagung-agungkan selama ini hanya tikus kecil yang lari berdecit bila terdengar suara anak kucing.  “Arghhhhhh…celaka kau jantan sialllll” bentak hati Nita.  Sekali lagi airmata Nita bercucuran.  Hanya itu yang mampu diperbuatnya.  Sudah beribu-ribu kali sumpah seranah yang diluahkan hatinya. Sudah berjuta-juta juga airmatanya titis ke pipi. 
            Tiga hari lagi cuti semester akan bermula.  Semua pelajar akan pulang.  Semalam abah menelefon Nita.  Beria-ia suara abahnya bertanyakan bila akan pulang.  Nita seboleh-bolehnya cuba mengawal suaranya agar tidak kedengaran seperti dia sedang sakit.  Nasib baik abahnya tidak bercakap panjang.  “Sabarlah Nita….semuanya dah ditakdirkan…apa boleh buat” lembut suara Faekah menasihati Nita yang masih lagi sugul.  “Apa aku nak buat Ekah….haruskah aku seorang je tanggung semua ni???”  Nita bersuara perlahan. “Berterus terang je lah dengan mama engkau, dia orang akan paham.  Bukan salah engkau kannnn…”  Faekah turut bersimpuh disisi Nita. “Ya lah Ekah…aku pun bukan mengharap dia yang tanggung semua.  Aku pun salah juga.  Tetapi apa yang aku kesalkan sikapnya yang terus berdiam diri.  Seolah-olah semua ni aku yang perlu tanggung sesorang.  Adilkah???”  Nita menyuarakan ketidakpuasan hatinya.  “Tiada gunanya engkau bersedih macam ni Nita.  Masalah takkan selesai dengan cara ni.  Ngkau dah hubungi Abang Man?” tanya Faekah.  Nita diam sejenak.  “Aku tak nak lagi menyusahkan Abang Man, dah banyak kali sangat aku menyusahkannya” perlahan Nita bersuara.  “Habis tu mak ayah ngaku dah tau???” gesa Faekah lagi.  Nita hanya mampu menggelengkan kepala sahaja.  Faekah pun turut diam.  Besar masalah ni, kalau tak minta pertolongan sesiapa susah juga.  Faekah pun tak menyangka Alif akan bertindak begitu.  Setelah apa yang berlaku Alif hilang begitu sahaja.  Membiarkan Nita yang menghadapi sesorang.  Faekah terasa ingin membantu tetapi dia juga tak mampu dan tak tahu caranya.
            “Teruk juga Nita ya?” tanya Faekah pada Nita dalam perjalanan pulang.  “Memanglah teruk Ekah, aku pun tak tahu macamana boleh terjadi begitu” jawab Nita perlahan.  Nita tekad sahaja pulang ke kampong.  Dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan abahnya.  Biarlah amarah abahnya sampai kelangit hitam sekalipun dia sedia menghadapi.  Gertak abangnya yang sememangnya tak pernah sebulu dengannya pasti lebih hebat lagi.  Biarlah semua orang memandang serong kepadanya.  Dia sudah tekad.  Abang Man? Harapnya Abang Man mampu untuk menjadi pelindungnya sekali lagi.  Abang Manlah tempat dia mengadu segala hal.  Semalam Nita telah menceritakan segala-galanya kepada Abang Man.  Abang menerima dengan baik apa yang Nita ceritakan.  Begitulah Abang Man selamanya.  Nita selesa bila bercerita dengan Abang Man.  Atas kata-kata semangat Abang Man lah Nita tekad untuk berhadapan dengan keluarganya hari ini.  Kalau tidak, sememangnya dia takkan pulang cuti kali ini. Nita sudah semakin hampir ke simpang rumahnya.  Faekah sudah dihantar pulang.
            “Ya Allahhhhh….Nitaaaa…apa jadi semua ni???” terjerit maknya dari anak tangga.  Nita belum sempat melangkah keluar dari keretanya lagi.  “Nitaaaa….Nita ok ke?” perlahan suara abahnya bertanya pada Nita. Nita diam. Tiba-tiba terdengar suara abangnya dari belakang “Haaa…kan dah kata.  Tak payah la nak beli Swift ni kat Nita.   Kan elok bagi je Proton Tiara buruk tu kat dia bawa.  Bukan pandai bawa kereta pun kannnn…ni mesti bawa laju niii.”  Tanpa menoleh ke belakang lagi Nita terus masuk ke biliknya dan mengunci dari dalam.  Diluar kedengaran suara abangnya masih lagi mengata-ngata perihal dirinya.  Suara mamanya begitu juga.  Nita hanya diam membatu di biliknya.  Swift Kelabu kesayangannya kemek teruk dibahagian kiri.  Gara-gara Alif melanggar seekor lembu jantan.  Sebelum ini Nita tak pernah membiarkan sesiapa pun memandu Swift kesayangannya.  Oleh kerana Alif mendesak sangat, Nita akur.  Tidak sama sekali Nita menyagka kemalangan itu akan berlaku.  Alif diam tanpa bahasa.  Malah seperti tidak mahu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku.  Nita juga tak mampu berbuat apa-apa.  Bukan sedikit belanja untuk memeprbaiki semula Swiftnya itu.  Baru tiga bulan abahnya belikan.  Tak sampai hati rasanya untuk sekali lagi menyusahkan abah.  Ohhhh…my Lovely Swiftttt.  Sekali lagi airmata Nita bercucuran.