Friday 9 November 2012

Nita....Alif dan Airmata



Nita termenung dibirai katil.  Airmatanya hampir kering.  Sudah seminggu dia begitu.  Sudah berbagai nasihat yang diberi oleh rakan-rakannya. Tetapi Nita tetap juga begitu.  Malah rakan-rakannya bingung memikirkan keadaan Nita.  Sudah seminggu Nita ponteng kuliah.  Makan minum pun dijamah sekadar sahaja.  Faekah rakan yang paling rapat dengan Nita pun buntu mememikirkan masalah yang dihadapi oleh Nita.  Faekah hanya mampu memastikan makan dan minum Nita tersedia.  Itu sahaja yang mampu dibantu setakat ini.  Nita dah lama terperuk di biliknya.  Pelbagai cara sudah diguna untuk mengembalikan keceriaanya, tetapi kali ini Nita seperti tidak mampu lagi untuk menghadapinya.
            Fikiran Nita bercelaru.  Tidak tahu apa yang perlu dibuat lagi.  Sungguh dia tidak menyangka, hal seperti ini akan berlaku ke atas dirinya.  Malah tidak pernah terlintas perkara ini akan berlaku.  Bagaimana di aharus berhadapan dengan orang tuanya, abngnya dan adik-adik yang lain.  Selama ini pelbagai nasihat telah mereka berikan.  Nita juga faham dan akur tetapi dia juga tak menyangka perkara itu boleh berlaku.  Sekelip mata sahaja, apa yang selalu dia pertahankan rebah akhirnya.  Bagaiman dia harus berhadapan dengan Abang Man, orang yang paling beliau hormati selain daripada ibu bapanya.  Abang Man memang menjadi tempat dia mencurahkan susah payah jerih hidupnya.  Selama ini pun Abang Man lebih memahami jiwanya dan sentiasa memperingatkannya hal-hal yamg seperti ini.  Segalanya menerobos ke benak Nita.  Segalanya kelam baginya.  Kemana harus dia luahkan.  Kemana harus dia mencari pergantungan.
            Alif lelaki budiman yang telah lama Nita kenali, kini hilang entah kemana.  Nita tidak sesekali menyangka bahawa Alif akan lari seperti tikus bila berhadapan dengan masalah sebegini.  Malah sudah seminggu juga dia tidak dapat berhubung dengan Alif.  Seolah-olah Alif kini bukan lagi Alif yang dia kenali dulu.  Sudah hampir lima tahun mereka bersama, berjanji sehidup semati.  Malah keluarga Nita juga menerima Alif dengan baik.  Segala-galanya sempurna bersama Alif.  Sungguh Nita tidak menyangka sama sekali Alif berhati kecil.  Alif takut untuk bertanggungjawab terhadap apa yang dia telah lakukan.  Nita buntu.  Fikirannya kini kusut.  Segala harapannya kini hancur musnah.  Lelaki budiman yang diagung-agungkan selama ini hanya tikus kecil yang lari berdecit bila terdengar suara anak kucing.  “Arghhhhhh…celaka kau jantan sialllll” bentak hati Nita.  Sekali lagi airmata Nita bercucuran.  Hanya itu yang mampu diperbuatnya.  Sudah beribu-ribu kali sumpah seranah yang diluahkan hatinya. Sudah berjuta-juta juga airmatanya titis ke pipi. 
            Tiga hari lagi cuti semester akan bermula.  Semua pelajar akan pulang.  Semalam abah menelefon Nita.  Beria-ia suara abahnya bertanyakan bila akan pulang.  Nita seboleh-bolehnya cuba mengawal suaranya agar tidak kedengaran seperti dia sedang sakit.  Nasib baik abahnya tidak bercakap panjang.  “Sabarlah Nita….semuanya dah ditakdirkan…apa boleh buat” lembut suara Faekah menasihati Nita yang masih lagi sugul.  “Apa aku nak buat Ekah….haruskah aku seorang je tanggung semua ni???”  Nita bersuara perlahan. “Berterus terang je lah dengan mama engkau, dia orang akan paham.  Bukan salah engkau kannnn…”  Faekah turut bersimpuh disisi Nita. “Ya lah Ekah…aku pun bukan mengharap dia yang tanggung semua.  Aku pun salah juga.  Tetapi apa yang aku kesalkan sikapnya yang terus berdiam diri.  Seolah-olah semua ni aku yang perlu tanggung sesorang.  Adilkah???”  Nita menyuarakan ketidakpuasan hatinya.  “Tiada gunanya engkau bersedih macam ni Nita.  Masalah takkan selesai dengan cara ni.  Ngkau dah hubungi Abang Man?” tanya Faekah.  Nita diam sejenak.  “Aku tak nak lagi menyusahkan Abang Man, dah banyak kali sangat aku menyusahkannya” perlahan Nita bersuara.  “Habis tu mak ayah ngaku dah tau???” gesa Faekah lagi.  Nita hanya mampu menggelengkan kepala sahaja.  Faekah pun turut diam.  Besar masalah ni, kalau tak minta pertolongan sesiapa susah juga.  Faekah pun tak menyangka Alif akan bertindak begitu.  Setelah apa yang berlaku Alif hilang begitu sahaja.  Membiarkan Nita yang menghadapi sesorang.  Faekah terasa ingin membantu tetapi dia juga tak mampu dan tak tahu caranya.
            “Teruk juga Nita ya?” tanya Faekah pada Nita dalam perjalanan pulang.  “Memanglah teruk Ekah, aku pun tak tahu macamana boleh terjadi begitu” jawab Nita perlahan.  Nita tekad sahaja pulang ke kampong.  Dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan abahnya.  Biarlah amarah abahnya sampai kelangit hitam sekalipun dia sedia menghadapi.  Gertak abangnya yang sememangnya tak pernah sebulu dengannya pasti lebih hebat lagi.  Biarlah semua orang memandang serong kepadanya.  Dia sudah tekad.  Abang Man? Harapnya Abang Man mampu untuk menjadi pelindungnya sekali lagi.  Abang Manlah tempat dia mengadu segala hal.  Semalam Nita telah menceritakan segala-galanya kepada Abang Man.  Abang menerima dengan baik apa yang Nita ceritakan.  Begitulah Abang Man selamanya.  Nita selesa bila bercerita dengan Abang Man.  Atas kata-kata semangat Abang Man lah Nita tekad untuk berhadapan dengan keluarganya hari ini.  Kalau tidak, sememangnya dia takkan pulang cuti kali ini. Nita sudah semakin hampir ke simpang rumahnya.  Faekah sudah dihantar pulang.
            “Ya Allahhhhh….Nitaaaa…apa jadi semua ni???” terjerit maknya dari anak tangga.  Nita belum sempat melangkah keluar dari keretanya lagi.  “Nitaaaa….Nita ok ke?” perlahan suara abahnya bertanya pada Nita. Nita diam. Tiba-tiba terdengar suara abangnya dari belakang “Haaa…kan dah kata.  Tak payah la nak beli Swift ni kat Nita.   Kan elok bagi je Proton Tiara buruk tu kat dia bawa.  Bukan pandai bawa kereta pun kannnn…ni mesti bawa laju niii.”  Tanpa menoleh ke belakang lagi Nita terus masuk ke biliknya dan mengunci dari dalam.  Diluar kedengaran suara abangnya masih lagi mengata-ngata perihal dirinya.  Suara mamanya begitu juga.  Nita hanya diam membatu di biliknya.  Swift Kelabu kesayangannya kemek teruk dibahagian kiri.  Gara-gara Alif melanggar seekor lembu jantan.  Sebelum ini Nita tak pernah membiarkan sesiapa pun memandu Swift kesayangannya.  Oleh kerana Alif mendesak sangat, Nita akur.  Tidak sama sekali Nita menyagka kemalangan itu akan berlaku.  Alif diam tanpa bahasa.  Malah seperti tidak mahu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku.  Nita juga tak mampu berbuat apa-apa.  Bukan sedikit belanja untuk memeprbaiki semula Swiftnya itu.  Baru tiga bulan abahnya belikan.  Tak sampai hati rasanya untuk sekali lagi menyusahkan abah.  Ohhhh…my Lovely Swiftttt.  Sekali lagi airmata Nita bercucuran.


No comments:

Post a Comment