Sunday 4 November 2012

Lukisan hati




            Setiap orang memiliki lukisan hati….kecuali bagi mereka yang tiada perasaan untuk hidup berpasangan….hahahahaha.  Apa dia lukisan hati???....pasangan yang anda impikan untuk menjadi teman sehidup semati sejiwa malah kalau boleh seliang juga.  Mestkah lukisan hati penuh kesempurnaan???... Hal ini subjektif…ada yang suka putih…ada yang suka hitam…ada yang suka bulat…ada yang suka bujur….pendek kata lukisan hati tu terpulang kepada pandangan peribadi individu.  Sooo…ngko jangan pandai-pandai nak kata awek orang tak lawa….kena belasah kanggg!!!
            Berapa ramai yang mampu memiliki lukisan hati???....Ini juga persoalan yang sebenarnya amat sukar ditentukan…hahahaha. Kenapa???...kerana ramai diantara kita mempunyai lukisan hati tetapi tiada keyakinan untuk cuba memiliki lukisan hati.  Lelaki biasanya beralasan tiada calon yang sesuai sepertimana lukisan hati yang diidamkan.  Gadis beralasan tiada jejaka lukisan hati yang sudi menyunting mereka.  Maka bolehlah dikatakan tidak terlalu ramai yang mampu memiliki lukisan hati.  Secara tidak langsung….mewujudkan situasi sang jejaka dan si gadis (walaupun dah kahwin) masih lagi mampu ‘jatuh cinta’ pada yang lain.
            Kejarlah lukisan hati yang anda ingin miliki.  Lebih baik lagi kiranya pasangan itu mampu memenuhi antara satu sama lain.  Kenapa penting sangat???...Perkahwinan itu adalah untuk sepanjang hayat…perkahwinan itu adalah perkongsian…perkahwinan itu adalah perpaduan.  Bagaimana kita mampu mewujudklan semua itu kiranya kita tidak mampu memberikan 100% jiwa raga kepada pasangan kita? ‘Berkorban apa saja…harta ataupun nyawaaa…itulah kasih mesra…sejati dan mulia” (nyanyi la ckittt cam P Ramlee tuuu…)  Pasti sampai kehujung nyawa sekalipun hanya dia dan kamu sahaja dimatanya…owww  sooo romantic.  Kekurangannya pasti kan diterima dengan hati terbuka.  Kesusahan pastikan sanggup dihadapi bersama.  Yang pasti takkan pernah kamu mengeluh tentangnya…kerana itu lukisan hatimu.  Baik atau buruk semuanya kan dipikul.
            Perkahwinan atas dasar kerana dah lewat usia….mak carikan je lahhh. Oiii bang…jangan suatu hari nanti bila ngko rasa jiwa ngko tak mampu menerima ‘dia’ jangan pula kau salahkan mak dan ayah.  Buruk perangainya pantas saja ngko salahkan mak ayah.  Kekurangan layanannya walaupun sedikit…cepat je kau nak terasa hati.  Kenapa???...kerana dia bukan lukisan hatimu.
            Perkahwinan atas dasar pilihan orang tua…adik ikut jerrr.  Aduhhh sayangggg…syukurlah kalau adik betul-betul dapat memberikan jiwa raga buatnya.  Tanggungjawab…ramai orang mampu laksanakan. Jaga makan minumnya, layan tidur bangunnya.  Tetapi yang lebih utama adakah semua tu datang dari hati nurani yang paling dalam.  Jangan sampai suatu hari adik rasa macam jadi orang gaji dah la.
            Perkahwinan atas dasar harta kekayaan….yang ni paling bahaya dik.  Harta kekayan wang bergunung sekalipun kalau nak diuji tuhan pastikan hilang dalam sekelip mata. Tetapi ‘sayang’ yang ada pada lukisan hati takkan mudah hilang begitu sahaja.  Harta kekayaan adalah kegilaan yang takkan pernah surut.  Hari ini rasa macam RM1000 dah cukup…tapi besok pasti nak lebih lagi.  Akhirnya kan tiba masa harta bukan lagi yang adik cari tetapi adik kan mula terasa kekosongan hati………


            Perkahwinan atas dasar…aku terima je dia kerana dah jodoh kotttt.  Hahahahahaha… perkahwinan ni dik.  Bukan perjudian…yang mana adik boleh pertaruhkan.  Untung sabut timbul untung batu tenggelam. Jangan pula kerana kesiankan dia bersungguh-sungguh nak memiliki adik maka adik dengan relanya ‘menerima’ dia walaupun dia bukanlah lukisan hati yang adik impikan.  Ya lebih mudah untuk ‘dicintai’ daripada ‘mencintai’.  Bila diri dicintai….adik mampu mengawal segalanya.  Pasti sidia akan menurut saja apa yang adik inginkan.  Tetapi bahagiakah kita kiranya kita tak mampu ‘menyintai’ orang yang memiliki kita???....’menyintai’ itu sukar…berbeza dik antara ‘menyintai’ dan ‘menyukai’.  Jangan menipu diri bahawa setiap orang perlu menyerahkan jiwa raganya untuk ‘menyintai’ seseorang lebih daripada ‘menyukainya’. 


            Yang mana satu pilihan kita??? Adakah kita nak persalahkan bahawa ‘jodoh’ itu bukan hak kita???  Tetapi tidakkah semua itu juga datang dengan usaha kita??? Manusia punya usaha…tuhan punya kuasa.  Kita makhluk terbaik yang Allah jadikan dengan memiliki hati dan pemikiran.  Gunakan semuanya sebaik mungkin.  Kalau semua kita serahkan kepada kuasa Allah semata-mata…apa maknanya hati dan akal yang dianugerahkanNya.  Adakah kita juga setaraf lembu dan kambing yang juga memiliki hati dan akal???  Apa-apa pun….pikirlah semasak-masaknya sebelum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.  Keputusannya seboleh mungkin tak ingin lagi ditarik balik.  Keputusan yang hanya sekali perlu dibuat dan ianya betulllllllllll…… .  Fikir-fikirkanlah sebelum semuanya sudah terlambat dan hidup kita terikat dalam ruang yang tak mampu terungkap…..wassalammmmm

No comments:

Post a Comment