Nama-nama dan watak yang digunakan dalam cerpen ini
adalah nama-nama dan watak sebenar.
Setiap penceritaannya memang berkaitan dengan yang masih hidup dan belum
ada rasanya yang dah meninggal dunia. Terima kasih.
Semanya
bermula dari saat aku terpande pada sebatang tubuh kecil yang sakmaw berdiri di
tiang kanan bus stop di depan sekolahku.
Gadis kecil berkaca mata dengan senyuman manis berlesung pipit. Mulai dari saat itu setiap kali tibanya waktu
kelik sekolah, sudah pasti Gerai Pak Kar yang berada diseberang jalan agak
bertentangan dengan bus stop menjadi pot tetapku. Setiap kali singgah disitu mataku sentiasa
tercari-cari dimana sigadis manis itu.
Entah apa yang istimewa sangat dengan sigadis manis itu sehingga aku
sanggup lepak je disitu selagi basnya belum sampai. Semakin hari rasanya….hatiku semakin suka dan
kehadirannya sudah menjadi keperluan untukku. Hahahahaha…adakah aku sudah jatuh
cinta??? Persoalan yang aku sendiri pun tak tahu jawapannya.
“Woitttt…..guano
gu?”…sapaku pada Zul kawanku dari kelas 6A1 semasa berselisih di tangga
sekolah. Kelas ku terletak di tingkat
atas. Kami bertegur sapa, bele2 jale
bele2 bual. Entah macamana aku pun tak
tahu kakiku melangkah mengikut kawanku ke kelasnya. Sedangkan tadi tujuanku adalah ke kelasku
sendiri. Setibanya di depan kelas Zul…baru
aku terkabar…hok alohhh salah jalan dah. “k la Zul…nanti rehat kita jumpa smula”….dan
aku terus menukar arah perjalananku….tiba-tiba…”wow”…terkejut amba. Sigadis yang
melintas dihadapanku dan hampir-hampir membuatkan kami berlanggar adalah
‘dia’….sigadis yang selalu menjadi perhatianku sewaktu kelik sekolah. Mataku tak lepas memandangnya….mengekori
sehingga dia hilang ditelan kelasnya. “woiiii….D…jom masuk kelas. Lambat dah
ni” sapa kawanku Mamat yang baru tiba.
Kami bersama-sama berjalan menuju ke kelas. Dalam kepalaku masih terasa semacam tidak
percaya. Betulkah sigadis yang selalu
aku perhatikan tu pelajar kelas 6A1???.... .
Camana aku boleh tak perasan sebelum ni sigadis tu juga sekelas
dengan kawan-kawanku. Hatiku sedikit riang….mungkin ada harapan.
Sepulangnya
dari sekolah aku menuju ke Kedai Pak Kar.
Hari ini ada sedikit misi yang perlu aku selesaikan. “Zul……” aku terus
menyapa kawanku yang dah sedia ada di belakang gerai Pak Kar. “Guano mung lorat benar nih…tukat mutor gak
dulu” sindir kawanku sambil tenang menyedut asap rokok yang berkepul di
mulutnya. “takdak gapa bohhh….saja jahhh” kataku sambil tersenyum. Aaku
mencari-cari tempat untuk aku melabuhkan punggong, mataku terus tercari-cari
sigadis di seberang jalan. Ya…itu
dia. Sentiada ada di sisi tiang kanan
bus stop. Perghhhhhhhhh….memang comel dia ni…bisik hatiku. “Pak Kar…barli beng
saaa”…jeritku kepada Pak Kar yang tak menang tangan melayan budak-budak sekolah
yang mula berkerumun. “Zul....kawe nak tanya sikit nih…dema kenal dak budak
tuuu???” kataku sambil memoncongkan bibir kea rah sigadis yang masih berada di
bus stop. “Hak mana sa mung nihhh…???
Guanonya???....aku tengok tak dak hak comel sekor pommm”…perghhhh macam bagus
je mulut kawan aku yang memang tiada insuran cover ni. Sabar…sabar, geram je nak sekeh sebiji. Besar kecik besar kecik jah aku Nampak si Zul
ni. Dah la tuannya kurus kering selidi
jer. “Takpa la takdak hak comey
pommm….tapi aku nak kenal yang berdiri sebelah kanan tepi tiang bus stop
tu. Budak kelas dema keh???”…..”hak mana
saaaa….?” Aku tau saja jer kawan aku ni nak main angin aku niiii. Geram weh….aku memang dah serius amat
nih. “hak tu laaaa…tu yang pakai cermin
mata tu”….”ohhhh…guano???”selamba je si Zul menjawab bele2 makan keropok gotel.…grrrr…main-main
la pula siZul nihhh. “yola hak tu la gu….aku nak kenal jah. Nama gapa???.....”hahahahahahaha…..”tiba-tiba
je kawan aku gelakkan aku. Apa sebabnya
pun aku tak tahu. “Budak tu??? Namanyaaaa…………………”………….bersambungggg

No comments:
Post a Comment