Sunday 18 November 2012

Persediaan....



Part 2




Persediaan asas bagi memelihara itik telor.
1.      Tempat Pembesaran anak sehingga berumur sebulan. (100mps dah cukup tuk 300 ekor)
2.    Bekas makanan.
3.    Bekas minuman.
4.    Bekalan elektrik (untuk memastikan anak itik mendapat kepanasan dari mentol berkuasa 100watt yang akan dipasang pada waktu malam)
5.    Makanan pembesaran (grow) sekurang-kurangnya 200kg.



Ok….takkan tak mampu nak sediakan semua tu kan.  Jangan terlalu focus kepada nakkan reban yang terlalu cantik.  Cukup sekiranya mampu mengelak daripada binatang2 merbahaya seperti ular dan biawak.  Sebaik-baiknya kawasan reban pembesaran dibahagi kepada dua kawasan. Kawasan tertutup (70%) dan bahagian terdedah kepada matahari (30%).  Pada bahagian terbuka jadikan tempat untuk memberi makan dan minum.  Ini untuk mengelakkan kawasan pembesaran dalam keadaan lembap.  Itik dengan air memang tak dapat dipisahkan.  Bukan sahaja akan jadi bekalan air minum tetapi itik suka bermain air.  Sekiranya tidak dibahagikan kawasan sebaik mungkin, seluruh kawasan akan jadi becak dan sentiasa berair.  Oleh itu pastikan sebahagian kawasan sahaja dikhaskan untuk tempat makan dan minum.  Kawasan tertutup sebaiknya dipastikan sentiasa kering.  Apa bahaya yang mungkin???...Itik akan mudah mendapat penyakit ‘lembek’ sekiranya tempat pembesarannya dalam keadaan sentiasa lembap.  Jangan benarkan itik berumur kurang sebulan berenang di kolam.

Aku Sayang kamu.....



Part 3






            “Assalamualaikum…” sapaku kepada kak Nozie kerani pejabat sewaktu melangkah masuk.  Kak Nozie menjawab perlahan.  Hari ini aku ada misi yang perlu aku selesaikan.  Misi yang aku rancang baik punya.  Terus aku tuju ke rak buku rekod kedatangan pelajar yang terletak di sebelah kanan ruang pejabat.  Mataku terus mencari rak yang tertulis 6A1.  Yap…tu dia. Sebelum cikgu kelas ambil buku rekod tu, baik aku jalankan misi aku dulu.  Pen dah sedia, kertas juga ada.  Terus aku capai buku rekod dan membelek pada bahagian belakangnya.  Satu persatu kuperhatikan nama-nama yang ada.  Heheheehe….misiku hampir selesai.  Disitu semua maklumatnya ada….semuanya aku salin satu persatu.  Wow…nombor telefon ada.  Ini sudah bagus.  Dalam masa tak sampai 5 minit.  Semua maklumat yang aku perlukan dah aku perolehi.  Aku tersenyum puas.  Now… I know who u are.  Sengaja aku mengambil jalan jauh untuk ke kelas hari tu semata-mata untuk melintas di depan kelasnya. 
            “gu…awal hari ni?” sapa kawanku Mamat spek.  “biasa jah Mat…”jawabku sambil berpaling kea rah Mamat Spek.  Terus je si Mamat ni tarik aku jalan sama-sama kearah tangga.  Alamakkkk…spoil tul la Mamat Spek ni.  Terkandas harapanku untuk melihat sigadis impian.  Ikut je lah.  Dalam hati aku tuhan je yang tau.  Tapi muka selamba je…control macho.  “Dah siap homework?” tanya Mamat Spek.  “Siap dah…ni mesti dema tak siap lagi la ni?” aku memang dah agak. Kalau ayat ni yang keluar maknanya si Mamat Spek ni nak minta tiru la ni.  Mamat Spek hanya sengih kesian je.
            Pantas aku mengeluarkan buku nota ekonomi dan kuberikan pada Mamat.  Aku perlu cepat. “Mat…aku nak ke tandas smeta” dengan sekelip mata aku dah beredar dari kelas. Aku mesti juga penuhi cita-citaku hari ini.  Pantas aku mengatur langkah menuju ke kelas…6A1.  Aku menjengok ke dalam…mencari-cari dimana sidia.  Hampa.  Belum Nampak bayangnya lagi. Dengan langkah malas aku menuju ke tandas yang memang tak berapa jauh dari kelasnya.  Sebenarnya tiada matlamat apa pun aku ke tandas.  Selesai mengemaskan rambut ala ‘new wave’ aku ni. Sekali lagi aku kembali ke kelas melalui kelas sidia.  Yesssss…..itu dia. Sidia dah ada.  Tersenyum seperti biasa. Tetapi bukan untuk aku pun.  Dia tak pernah perasan pun yang aku ni selalu senyum kat dia.  Aku je yang syok sorang-sorang control senyum kat dia.  Tak kesahlah. Yang penting misi aku dah Berjaya…dan aku dapat tengok dia. Yeahoooooooooooo….aku senyum sore2 sampai ke kelas…..bersambung


Friday 9 November 2012

Nita....Alif dan Airmata



Nita termenung dibirai katil.  Airmatanya hampir kering.  Sudah seminggu dia begitu.  Sudah berbagai nasihat yang diberi oleh rakan-rakannya. Tetapi Nita tetap juga begitu.  Malah rakan-rakannya bingung memikirkan keadaan Nita.  Sudah seminggu Nita ponteng kuliah.  Makan minum pun dijamah sekadar sahaja.  Faekah rakan yang paling rapat dengan Nita pun buntu mememikirkan masalah yang dihadapi oleh Nita.  Faekah hanya mampu memastikan makan dan minum Nita tersedia.  Itu sahaja yang mampu dibantu setakat ini.  Nita dah lama terperuk di biliknya.  Pelbagai cara sudah diguna untuk mengembalikan keceriaanya, tetapi kali ini Nita seperti tidak mampu lagi untuk menghadapinya.
            Fikiran Nita bercelaru.  Tidak tahu apa yang perlu dibuat lagi.  Sungguh dia tidak menyangka, hal seperti ini akan berlaku ke atas dirinya.  Malah tidak pernah terlintas perkara ini akan berlaku.  Bagaimana di aharus berhadapan dengan orang tuanya, abngnya dan adik-adik yang lain.  Selama ini pelbagai nasihat telah mereka berikan.  Nita juga faham dan akur tetapi dia juga tak menyangka perkara itu boleh berlaku.  Sekelip mata sahaja, apa yang selalu dia pertahankan rebah akhirnya.  Bagaiman dia harus berhadapan dengan Abang Man, orang yang paling beliau hormati selain daripada ibu bapanya.  Abang Man memang menjadi tempat dia mencurahkan susah payah jerih hidupnya.  Selama ini pun Abang Man lebih memahami jiwanya dan sentiasa memperingatkannya hal-hal yamg seperti ini.  Segalanya menerobos ke benak Nita.  Segalanya kelam baginya.  Kemana harus dia luahkan.  Kemana harus dia mencari pergantungan.
            Alif lelaki budiman yang telah lama Nita kenali, kini hilang entah kemana.  Nita tidak sesekali menyangka bahawa Alif akan lari seperti tikus bila berhadapan dengan masalah sebegini.  Malah sudah seminggu juga dia tidak dapat berhubung dengan Alif.  Seolah-olah Alif kini bukan lagi Alif yang dia kenali dulu.  Sudah hampir lima tahun mereka bersama, berjanji sehidup semati.  Malah keluarga Nita juga menerima Alif dengan baik.  Segala-galanya sempurna bersama Alif.  Sungguh Nita tidak menyangka sama sekali Alif berhati kecil.  Alif takut untuk bertanggungjawab terhadap apa yang dia telah lakukan.  Nita buntu.  Fikirannya kini kusut.  Segala harapannya kini hancur musnah.  Lelaki budiman yang diagung-agungkan selama ini hanya tikus kecil yang lari berdecit bila terdengar suara anak kucing.  “Arghhhhhh…celaka kau jantan sialllll” bentak hati Nita.  Sekali lagi airmata Nita bercucuran.  Hanya itu yang mampu diperbuatnya.  Sudah beribu-ribu kali sumpah seranah yang diluahkan hatinya. Sudah berjuta-juta juga airmatanya titis ke pipi. 
            Tiga hari lagi cuti semester akan bermula.  Semua pelajar akan pulang.  Semalam abah menelefon Nita.  Beria-ia suara abahnya bertanyakan bila akan pulang.  Nita seboleh-bolehnya cuba mengawal suaranya agar tidak kedengaran seperti dia sedang sakit.  Nasib baik abahnya tidak bercakap panjang.  “Sabarlah Nita….semuanya dah ditakdirkan…apa boleh buat” lembut suara Faekah menasihati Nita yang masih lagi sugul.  “Apa aku nak buat Ekah….haruskah aku seorang je tanggung semua ni???”  Nita bersuara perlahan. “Berterus terang je lah dengan mama engkau, dia orang akan paham.  Bukan salah engkau kannnn…”  Faekah turut bersimpuh disisi Nita. “Ya lah Ekah…aku pun bukan mengharap dia yang tanggung semua.  Aku pun salah juga.  Tetapi apa yang aku kesalkan sikapnya yang terus berdiam diri.  Seolah-olah semua ni aku yang perlu tanggung sesorang.  Adilkah???”  Nita menyuarakan ketidakpuasan hatinya.  “Tiada gunanya engkau bersedih macam ni Nita.  Masalah takkan selesai dengan cara ni.  Ngkau dah hubungi Abang Man?” tanya Faekah.  Nita diam sejenak.  “Aku tak nak lagi menyusahkan Abang Man, dah banyak kali sangat aku menyusahkannya” perlahan Nita bersuara.  “Habis tu mak ayah ngaku dah tau???” gesa Faekah lagi.  Nita hanya mampu menggelengkan kepala sahaja.  Faekah pun turut diam.  Besar masalah ni, kalau tak minta pertolongan sesiapa susah juga.  Faekah pun tak menyangka Alif akan bertindak begitu.  Setelah apa yang berlaku Alif hilang begitu sahaja.  Membiarkan Nita yang menghadapi sesorang.  Faekah terasa ingin membantu tetapi dia juga tak mampu dan tak tahu caranya.
            “Teruk juga Nita ya?” tanya Faekah pada Nita dalam perjalanan pulang.  “Memanglah teruk Ekah, aku pun tak tahu macamana boleh terjadi begitu” jawab Nita perlahan.  Nita tekad sahaja pulang ke kampong.  Dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan abahnya.  Biarlah amarah abahnya sampai kelangit hitam sekalipun dia sedia menghadapi.  Gertak abangnya yang sememangnya tak pernah sebulu dengannya pasti lebih hebat lagi.  Biarlah semua orang memandang serong kepadanya.  Dia sudah tekad.  Abang Man? Harapnya Abang Man mampu untuk menjadi pelindungnya sekali lagi.  Abang Manlah tempat dia mengadu segala hal.  Semalam Nita telah menceritakan segala-galanya kepada Abang Man.  Abang menerima dengan baik apa yang Nita ceritakan.  Begitulah Abang Man selamanya.  Nita selesa bila bercerita dengan Abang Man.  Atas kata-kata semangat Abang Man lah Nita tekad untuk berhadapan dengan keluarganya hari ini.  Kalau tidak, sememangnya dia takkan pulang cuti kali ini. Nita sudah semakin hampir ke simpang rumahnya.  Faekah sudah dihantar pulang.
            “Ya Allahhhhh….Nitaaaa…apa jadi semua ni???” terjerit maknya dari anak tangga.  Nita belum sempat melangkah keluar dari keretanya lagi.  “Nitaaaa….Nita ok ke?” perlahan suara abahnya bertanya pada Nita. Nita diam. Tiba-tiba terdengar suara abangnya dari belakang “Haaa…kan dah kata.  Tak payah la nak beli Swift ni kat Nita.   Kan elok bagi je Proton Tiara buruk tu kat dia bawa.  Bukan pandai bawa kereta pun kannnn…ni mesti bawa laju niii.”  Tanpa menoleh ke belakang lagi Nita terus masuk ke biliknya dan mengunci dari dalam.  Diluar kedengaran suara abangnya masih lagi mengata-ngata perihal dirinya.  Suara mamanya begitu juga.  Nita hanya diam membatu di biliknya.  Swift Kelabu kesayangannya kemek teruk dibahagian kiri.  Gara-gara Alif melanggar seekor lembu jantan.  Sebelum ini Nita tak pernah membiarkan sesiapa pun memandu Swift kesayangannya.  Oleh kerana Alif mendesak sangat, Nita akur.  Tidak sama sekali Nita menyagka kemalangan itu akan berlaku.  Alif diam tanpa bahasa.  Malah seperti tidak mahu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku.  Nita juga tak mampu berbuat apa-apa.  Bukan sedikit belanja untuk memeprbaiki semula Swiftnya itu.  Baru tiga bulan abahnya belikan.  Tak sampai hati rasanya untuk sekali lagi menyusahkan abah.  Ohhhh…my Lovely Swiftttt.  Sekali lagi airmata Nita bercucuran.


Tuesday 6 November 2012

aku sayang kamu....

Part 2


            Serabut molep ari nim.  Cikgu Halim mengepek tak mudah.  Bukan aku sore jah yang tak buat homework.  Ramai lagi yang tak dapat buat.  Sakit hati pun ada. Cakap mudah la….”awak semua kena usaha siapkan…rujuk buku Longmanss tu.  Kalau malas memang la tak dapat” Cikgu Halim bersuara lantang di depan.  Aku dan kawan-kawan yang lain diam je semua.  Pui Chu Lan, Roberts, Swee Lam, Mamat Spek semua diam.  Aku pun sebenarnya dah sakit kepala pikir nak selesaikan homework ni.  Shirley entah berapa kali dah aku call pagi ni.  Dia pun tak dapat siapkan juga.  Tapi aku tengok gadis Cina darah bercampur ni selalu Nampak relax je.  Habis je kelas dapat lagi satu homework. Satu je…tapi kalau homework Perakaunan ni mahu berkajang-kajang Ledger yang nak kena siapkan. Apa-apa pun lantaklah.  Pelajar Melayu yang mengambil paper Perakaunan hanya aku dan Mamat Spek je.  Nak rujuk ngan Mamat???...hmmm 2 x berjuta-juta lemon je dengan aku pun.  Selalunya Shirley lah tempat aku merujuk.  Gadis Cina sorang ni peramah, baik dan tak kedekut ilmu.  Hak pentingnya dialah Cina yang paling cute pernah aku jumpa…hahahahaha
            Letih rasanya menunggu waktu habis sekolah.  Langit pulak mendung je ari ni.  Nasib baik aku tak bawa motor.  Motor buruk tu pun entah apa sakitnya aku pun tak tahu.  Stat-stat xsir hidup.  Tak kesahlah pasal aku sekolah sesi petang.  Naik bas je lah.  Sultan Ismail Collage ni memang tingkatan 6 rendah, tingkatan 1 dan 2 bersekolah sesi petang.  Yang istimewanya, hanya pelajar tingkatan 6 sahaja yang bercampur pelajar lelaki dan perempuan.  Selain daripada tu, sekolah ni memang pun untuk pelajar lelaki sahaja. 
            Aku melangkah malas menuju bas stop di depan sekolah. Hujan renyai-renyai aku main redah je.  Petang ni Pak sedara aku datang jemput.  Kat bas stop dah mula ramai dengan budak-budak sekolah.  Aku melangkah ke tempat biasa. Mana lagi kalu bukan Gerai Pak Kar…sap kok tang lu.  Member-member pun tak ramai yang singgah.  Hujan kot.  Mata aku…biasalah.  Mana lagi kalau tak ke tiang kanan bas stop…hahaha.  Aduhhh….mana dia??? Tak Nampak pun…. Aku habiskan rokok dan berjalan ke bas stop.  Nasib baik ada gak tempat duduk.  Budak-budak pun dah lengang sikit.  Sambil memandang jam yang dah menunjukkan hampir 6.30 p.m aku melabuhkan punggung di pangkin bas stop.  Mataku melilau-lilau mengintai kiri dan kanan. Tak datang ke budak ni hari ni???...Aku pun tak sempat nak tengok masa sekolah tadi.  Hari ni jiwa kacau…second period lagi Cikgu Halim dah mengacaukan jiwa aku yang memang dah sedia kacau. Hampeh.  Hmmm…Nampak gayanya memang tak datang la sidia hari ni.  Kereta pak sedara aku pun dah muncul.  Aku melangkah malas masuk ke perut kereta.
            Memang kacau hari ni.  Memang semuanya tak menjadi.  Memang semua bermasalah.  Homework pun banyak.  Baju pun dah lembab.  Si dia pun tak Nampak batang hidung hari ni.  Sabar je lah…aku memujuk hati.  Pak Sedara aku diam je sepanjang perjalanan.  Aku pun diam la jugak.
            Sesudah Isya terus aku buat homework.  Memang kacau…dengan Ekonominya…Pengajian Amnya….aku tenyeh je semua.  Perkaunan tunggu dulu…lusa baru ada kelas.  Sebelum melelapkan mata malam tu.  Aku teringatkan si dia….hahahaha. Pendek kata semenjak dua menjak ni sebelum tidor selalu terbayangkan si dia ni.  Namanya aku dah tahu…..lain-lain hal aku belum tahu.  Jenis aku ni bukan suka nak tanya lebih-lebih dengan kawan.  Macamana aku nak tau pasal dia???....kenapa dia tak datang sekolah hari ni???......zzzzzzzz…..bersambung



Aku Sayang Kamu...(Part 1)



Nama-nama dan watak yang digunakan dalam cerpen ini adalah nama-nama dan watak sebenar.  Setiap penceritaannya memang berkaitan dengan yang masih hidup dan belum ada rasanya yang dah meninggal dunia. Terima kasih.








Semanya bermula dari saat aku terpande pada sebatang tubuh kecil yang sakmaw berdiri di tiang kanan bus stop di depan sekolahku.  Gadis kecil berkaca mata dengan senyuman manis berlesung pipit.  Mulai dari saat itu setiap kali tibanya waktu kelik sekolah, sudah pasti Gerai Pak Kar yang berada diseberang jalan agak bertentangan dengan bus stop menjadi pot tetapku.  Setiap kali singgah disitu mataku sentiasa tercari-cari dimana sigadis manis itu.  Entah apa yang istimewa sangat dengan sigadis manis itu sehingga aku sanggup lepak je disitu selagi basnya belum sampai.  Semakin hari rasanya….hatiku semakin suka dan kehadirannya sudah menjadi keperluan untukku. Hahahahaha…adakah aku sudah jatuh cinta??? Persoalan yang aku sendiri pun tak tahu jawapannya.
“Woitttt…..guano gu?”…sapaku pada Zul kawanku dari kelas 6A1 semasa berselisih di tangga sekolah.  Kelas ku terletak di tingkat atas.  Kami bertegur sapa, bele2 jale bele2 bual.  Entah macamana aku pun tak tahu kakiku melangkah mengikut kawanku ke kelasnya.  Sedangkan tadi tujuanku adalah ke kelasku sendiri.  Setibanya di depan kelas Zul…baru aku terkabar…hok alohhh salah jalan dah. “k la Zul…nanti rehat kita jumpa smula”….dan aku terus menukar arah perjalananku….tiba-tiba…”wow”…terkejut amba. Sigadis yang melintas dihadapanku dan hampir-hampir membuatkan kami berlanggar adalah ‘dia’….sigadis yang selalu menjadi perhatianku sewaktu kelik sekolah.  Mataku tak lepas memandangnya….mengekori sehingga dia hilang ditelan kelasnya. “woiiii….D…jom masuk kelas. Lambat dah ni” sapa kawanku Mamat yang baru tiba.  Kami bersama-sama berjalan menuju ke kelas.  Dalam kepalaku masih terasa semacam tidak percaya.  Betulkah sigadis yang selalu aku perhatikan tu pelajar kelas 6A1???.... .  Camana  aku boleh tak  perasan sebelum ni sigadis tu juga sekelas dengan kawan-kawanku. Hatiku sedikit riang….mungkin ada harapan.
Sepulangnya dari sekolah aku menuju ke Kedai Pak Kar.  Hari ini ada sedikit misi yang perlu aku selesaikan. “Zul……” aku terus menyapa kawanku yang dah sedia ada di belakang gerai Pak Kar.  “Guano mung lorat benar nih…tukat mutor gak dulu” sindir kawanku sambil tenang menyedut asap rokok yang berkepul di mulutnya. “takdak gapa bohhh….saja jahhh” kataku sambil tersenyum. Aaku mencari-cari tempat untuk aku melabuhkan punggong, mataku terus tercari-cari sigadis di seberang jalan.  Ya…itu dia.  Sentiada ada di sisi tiang kanan bus stop. Perghhhhhhhhh….memang comel dia ni…bisik hatiku. “Pak Kar…barli beng saaa”…jeritku kepada Pak Kar yang tak menang tangan melayan budak-budak sekolah yang mula berkerumun. “Zul....kawe nak tanya sikit nih…dema kenal dak budak tuuu???” kataku sambil memoncongkan bibir kea rah sigadis yang masih berada di bus stop.  “Hak mana sa mung nihhh…??? Guanonya???....aku tengok tak dak hak comel sekor pommm”…perghhhh macam bagus je mulut kawan aku yang memang tiada insuran cover ni.  Sabar…sabar, geram je nak sekeh sebiji.  Besar kecik besar kecik jah aku Nampak si Zul ni.  Dah la tuannya kurus kering selidi jer.  “Takpa la takdak hak comey pommm….tapi aku nak kenal yang berdiri sebelah kanan tepi tiang bus stop tu.  Budak kelas dema keh???”…..”hak mana saaaa….?” Aku tau saja jer kawan aku ni nak main angin aku niiii.  Geram weh….aku memang dah serius amat nih.  “hak tu laaaa…tu yang pakai cermin mata tu”….”ohhhh…guano???”selamba je si Zul menjawab bele2 makan keropok gotel.…grrrr…main-main la pula siZul nihhh. “yola hak tu la gu….aku nak kenal jah.  Nama gapa???.....”hahahahahahaha…..”tiba-tiba je kawan aku gelakkan aku. Apa sebabnya pun aku tak tahu. “Budak tu??? Namanyaaaa…………………”………….bersambungggg